Make your own free website on Tripod.com

Health Care Link 1~ Makanan Berasaskan Tumbuh2an

Home
Our Services

dapat mencegah dan menjauhi kanser

No title

 

                                                                     

 

Selamat Datang Ke Laman Kami!

Mutalamat Untuk Disampaikan - Mencegah dan Menjauhi Kanser
 

 

No title

 

 

       

 

Makanan Yang Berasaskan Tumbuh-tumbuhan Amat Berkesan Mengurangkan Risiko Mengidap Kanser

Dari tiga kajian yang diterbitkan oleh The American Medical Association menunjukkan makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan amat berkesan mengurangkan sesorang daripada mengidap kanser. Kajian-kajian tersebut dapati dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak akan dapat menghindar kita dari mengidap berbagai jenis penyakit kanser. Kajian tersebut juga menunjukkan dengan memakan daging merah akan sebaliknya memudahkan sesorang mengidap kanser kolon. Kajian yang lain pula menunjukkan pemakanan yang mengundungi minyak zaitun( olive oil ) pula dapat mengurangkan risiko kanser payudara. 

Ada satu perkara yang menakjubkan berhubung dengan kajian ini yang anda mungkin  tidak pernah terdengar dari mana-mana sumber berita pun : ini dari satu kajian soal-selidik yang dijalankan ke atas 1000 orang yang pada umumnya mengamalkan memakan pemakanan yang tidak sihat ; jika kita memilih 1000 orang dari kalangan masyarakat secara rambang dan memeriksa pengambilan pemakanan mereka dari segi pencegahan kanser, adalah didapati hampir semua daripada mereka mengambil makanan yang mengandungi penyebab-kanser seperti ( sodium nitrite )  yang terdapat dalam bungkusan daging. mereka memakan dan meminum bahan yang mengandungi pewarna tiruan, memakan makanan yang mengundungi monosodium glutamate dan bahan-bahan yang lain yang sebenarnya menyebabkan berbagai jenis penyakit kanser. Tapi sebaliknya mereka didapati masih kebal. Ini adalah kerana disebabkan mereka ada mengambil sedikit pemakanan yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sebenarnya memainkan peranan yang amat besar untuk melindungai mereka daripada mengidap kanser!

Sekarang, jika kita ulangi dan lakukan kajian tersebut pula terhadap pengamal-pengamal  'vegetarian organic' ( mereka yang hanya memakan buahan-buahan dan sayur-sayuran organik dan tidak memakan daging ), anda akan saksikan kesan yang amat ketara dari segi pencegahan kansernya. Kadar pengidap kanser dari kalangan mereka menjunam dengan banyaknya. Ini adalah kerana, secara perbandingan, sedangkan satu kumpulan yang lain yang dikaji-selidik terdahulu yang dikatakan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak mencukupi dari segi kesegarannya dan kemurniannya  masih dapat mengurangkan risiko kanser. Mereka sebenarnya memakan sisa zat buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat dalam makanan mereka.

 Pie Epal

Sebagai contoh,  dalam pie epal di mana buah epalnya sudah dimasak dan hilang keaslian zatnya, mengandungi minyak hydrogenated, tepung gandum dan gula sudah diproses halus. Buah epal dalam pie epal sepatutnya tidak layak disebut sebagai buah tetapi para pengkaji perubatan masih menyebutnya sebagai buah.

             

                              Lasagna Bayam

Perkara yang sama juga berlaku pada sayur-sayuran. : mungkin banyak orang berfikir bahawa hidangan lasagna bayam (spinach ) dikira sebagai hidangan sayuran. Ia mengandungi keju yang sudah dicampurkan dengan pembangkit rasa, gula yang diproses halus dalam sos tomoto dan sedikit bayam. Tetapi saya kiranya ia sebagai makanan 'junk' ( tidak baik ) bukannya satu hidangan sayuran. Pada saya, yang dikatakan satu hidangan sayuran ialah satu hidangan yang mana kita makan bayam itu secara mentah seperti membuat hidangan salad bayam atau cara orang Cina mengoreng ringan dengan hanya meletakkan bawang putih dan sedikit sos soya. Sebenarnya banyak lagi ahli-ahli masyarakat yang salah ertikan makna pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

                                              

Sebab itulah jika anda mengkaji ke atas satu kumpulan orang yang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran secara mentah , meminum air dari perahan buah-buahan dan sayur-sayuran dan mereka menghindarkan produk makanan yang sudah diproses halus, anda akan dapati satu keputusan  yang luar biasa berlaku. Anda kan lihat penyakit seperti kanser tidak akan datang kepada orang-orang dalam kumpulan ini.

Jadi dalam kaji-selidik yang dijalankan ke atas 1000 orang yang  sebenarnya tidak sehat, kerana mengamalkan cara memakan  yang buruk itu mereka masih dapat mengurangkan risiko kanser dengan semata-mata memakan sedikit buah-buahan, sayur-sayuran bersama dengan makanan yang lain yang tidak asli dan sihat.

Jadi natijahnya dengan hanya memakan buah-buahan dan sayuran yang tidak ' sihat' itu cukup  juga  dapat sedikit sebanyak mengurangkan risiko kanser.

Ikhsan:    http://www.newstarget.com/005070.html

Disediakan : Abdella Dooner & Famy Abdella

 

No title Laman Yang Berkaitan

1. Petua2 Mencegah Kanser

2 .  Antara Sayur-sayuran  Yang Boleh Mencegah Kanser

3 .  Top Ranking-10  Sayur2an Dan Buah2an Mencegah Kanser

4 .  Kuatkan Daya Ingatan Anda, Pleez!

Please get in touch to offer comments and join our mailing list.

Penyampai Maklumat Semasa